Skip to main content

Karnival Bahasa Inggeris Zon Roban

Pada 23 April 2018, SK Lichok telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi English Language Carnival for Poetry Recitation and Story Telling. Rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikan kudrat dan kesempatan menyempurnakan karnival tersebut dengan jayanya. Persiapan tempat untuk karnival bi telah dilakukan pada hari khamis kerana AJK persiapan tempat karnival bi adalah orang yang sama untuk AJK persediaan tempat Bengkel Pendedahan Format Baru Sains UPSR yang berlangsung pada hari Sabtu. Jadi, AJK tersebut perlu menyiapkan bilik ICT pada hari Rabu. Ketika mengemas bilik ICT untuk bengkel Sains, Cikgu Amiey,Cikgu Is,Puan Norazelinda dan Guru Besar turut menyumbang idea dan masa melatih peserta story telling dan poetry.
Perasaan teruja menjadi tuan rumah membuatkan kami bersedia menyumbang tenaga dan masa untuk memastikan karnival bi berjalan dengan lancar. Cikgu Is telah menyiapkan buku program seawal mungkin. Pihak PIBK telah menyumbang wang kepada pihak sekolah untuk membeli papan lapis yang digunakan untuk membuat siling pentas di dewan makan. Cikgu Ahmad, Cikgu Abdul Rahman dan Encik Inyang telah bertungkus lumus menyiapkan siling pada bahagian pentas tersebut.Kemudian Cikgu Ahmad bersama beberapa orang murid Tahun 6 telah mengecat siling yang siap dipasang. Cat yang digunakan adalah sumbangan Cikgu Ahmad. Setelah kerja mengecat selesai, Cikgu Is,Cikgu Amiey dan Puan Norazelinda telah menghias pentas dengan cantik sekali. Mereka dibantu oleh murid murid Tahun 4, 5 dan 6. Bahan dan alatan untuk hiasan pentas adalah ihsan Cikgu Is dan Cikgu Ahmad. Walaupun penat terasa namun kami berasa puas hati. Apabila kerja menghias pentas siap, Cikgu Ahmad bersama murid murid SK Lichok telah menyusun meja dan kerusi untuk pengacara majlis,penjaga masa, tetamu VIP, guru guru pengiring, para peserta, para hakim,jemputan dan murid murid. Cikgu Is,Cikgu Amiey dan Puan Norazelinda turut menghias meja hakim, pengacara majlis dan penjaga masa. Cikgu Mohd. Rofizal telah menyediakan alatan PA System lebih awal supaya para peserta boleh melakukan rehearsel story telling dan poetry recitation. Cikgu Amiey turut membuat label bagi meja pendaftaran peserta, meja hakim,meja pengacara majlis dan penjaga masa. Kerusi pesera dan guru pengiring turut dilabelkan. Selain itu, Cikgu Amiey juga telah menyediakan semua bahan dan borang untuk hakim hakim pertandingan dan pendaftaran peserta. Puan Norazelinda juga telah menyediakan trofi untuk para pemenang dan menempah banner untuk backdrop pentas. Pada hari Karnival BI berlangsung, pengacara majlis adalah Cikgu Norhidayati dari SK Engkabang dan penjaga masa ialah Cikgu Dayun. Hakim pertandingan pula ialah Cikgu Yasmin, Cikgu Nayan, dan.
Cikgu Is bertugas sebagai jurugambar semasa karnival berlangsung. Banyak gambar dan video diambil untuk tujuan laporan dan kenang kenangan.
Puan Faridah bersama AJK nya telah menyiapkan makanan dan minuman untuk sarapan pagi,minum pagi dan makan tengahari. Pelbagai juadah disediakan dan cukup menyelerakan. Cikgu Mohd. Rofizal,Guru Besar dan Cikgu Maimunah masing masing mensedekahkan dadih,ikan terubok panggang dan sambal ulam ulaman.Terima kasih diucapkan. Cikgu Nasir, Cikgu Abdul Rahman dan Cikgu Sulaiman memanggang ikan untuk juadah makan tengahari. Guru guru yang mempunyai masa terluang turut membantu ajk makanan menghidang makanan.
Selesai karnival, ajk persiapan pentas dan tempat bersama murid murid mengemas semula dewan. Walaupun penat,kami berpuas hati.
Jutaan terima kasih dan sekalung budi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya. Buat terbaik untuk peringkat daerah nanti. Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Cuba lagi pada masa akan datang.


Buku program

Wakil dari SK Ulu Roban

Guru guru dan peserta karnival
Cikgu is & cikgu amiey

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hari Permuafakatan Dan Ikrar Aku Janji UPSR 2018

Puan Norazelinda Puan Is Puan Amiey Pada 13 April 2018, SK Lichok telah berjaya menyempurnakan Hari Permuafakatan dan Ikrar Aku Janji UPSR. Perjumpaan guru kelas dengan ibu bapa Penyampaian sijil dan hadiah kepada murid yang lulus penuh Ujian AR1 En. Abdul Rahman Guru Kelas T1 Puan Is Guru Kelas T6 Puan Morini Guru Kelas T4

Bengkel Pendedahan Format Baru Sains UPSR 2018

Pada 21 April 2018, SK Lichok telah menjadi tuan rumah untuk bengkel pendedahan format baru UPSR Sains. Pelbagai persiapan untuk bengkel telah dilaksanakan. Penceramah jemputan untuk bengkel tersebut ialah En. Muhd. Faizal bin Ismail. Penceramah jemputan Jamuan ringan Penyampaian cenderahati Sesi soal jawab Sesi ceramah Murid murid T6 dan T5 turut berbengkel En. Muhd Faizal menyampaikan tips dan panduan berguna